Thursday, September 10, 2009

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU KEBULURAN

Isu kebuluran yang berlaku di serata dunia terutamanya di benua Afrika menjadi semakin serius. Setiap hari ribuan nyawa yang majoritinya golongan kanak-kanak terkorban kerana kekurangan zat dan kelaparan.
Sebagai insan yang prihatin, berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani masalah ini.

             Pada abad ke-21 ini, isu kebuluran masih berlaku di seluruh pelosok dunia. Salah satu tempat yang mengalami kebuluran ialah Benua Afrika. Ribuan nyawa yang majoritinya terdiri daripada golongan kanak-kanak terkorban akibat kelaparan. Isu ini telah menarik perhatian masyarakat luar. Pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.

            Pertamanya, keadaan ekonomi harus diperbaiki. Kerajaan perlu melabur dalam sektor ekonomi yang asas seperti sektor pertanian. Kerajaan boleh memberi bantuan kewangan, teknikal, baja dan lain-lain . Kerajaan boleh memberi baja organik secara percuma atau dengan harga yang rendah kepada para petani untuk membantu mereka meningkatkan hasil pertanian. Di samping itu, tali air harus dibina untuk memudahkan penyaluran air ke sawah dan kebun. Ini dapat memudahkan kerja pertanian dan seterusnya meningkatkan kuantiti serta kualiti hasil pertanian. Secara langsung , ekonomi negara dapat ditingkatkan dan masalah kebuluran dalam negara dapat diatasi.

           Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan kursus untuk golongan lemah seperti wanita dan kanak-kanak supaya mereka dapat belajar kemahiran seperti membuat barang-barang keperluan harian ataupun alat hiasan. Kerajaan boleh mengumpul hasil-hasil kraftangan kepada mereka supaya mereka dapat menampung kehidupan sendiri.

            Seterusnya, kerajaan juga harus mengehadkan kelahiran anak setiap keluarga seperti dasar yang dilaksanakan di negara China. Faktor utama kebuluran di Afrika adalah kerana jumlah penduduk yang terlalu banyak. Ini adalah kerana penduduk di situ tidak mempunyai ilmu tentang rancangan keluarga. Oleh itu, untuk menjayakan dasar ini, kerajaan harus mengajar rakyat tentang seks dan cara-cara untuk mengawal kelahiran anak-anak. Dengan ini, pertumbuhan penduduk dapat dikawal dan isu kebuluran dapat diatasi.

            Negara-negara lain yang lebih kaya juga harus melabur di negara-negara yang miskin supaya dapat merangsangkan ekonomi negara itu. Kalau terdapat pelaburan daripada luar negara, banyak peluang pekerjaan akan wujud dan masalah pengganguran dapat diatasi. Jika penduduk mempunyai pendapatan yang tetap, masalah kebuluran dapat diatasi.

            Selain itu, terdapat juga syarikat besar ataupun orang yang baik hati menyertai program pengambilan anak angkat. Mereka membayar kos kehidupan anak yatim lebih kurang 600 Ringgit Malayasia setahun untuk pendidikan dan kehidupan mereka. Penderma-penderma berharap kanak-kanak boleh mendapat keperluan asas dan pendidikan yang sempurna untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

            Kesimpulannya, isu kebuluran telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Usaha daripada pelbagai pihak diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Kini, nasib orang-orang yang kesian ini berada dalam tangan kita. Dengan usaha dan harapan kita, isu kebuluran tentu dapat diatasi kerana " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan " .

6 comments:

  1. Karangan berdimensi antarabangsa memang idtulis dengan baik .Syabas~

    ReplyDelete
  2. Hello Christina,

    biasanya kebuluran berpunca daripada faktor alam sekitar seperti kemarau atau musim tengkujuh yang memusnahkan tamanan, faktor ketidak stabilan sesebuah negara seperti selalu berlaku peperangan, kemiskinan sesebuah negara, tahap pendidikan yang rendah.
    Langkah mengatasi:
    1. memastikan negara aman dan stabil dari segi ekonomi
    2. mendapatkan bantuan dan mencontohi teknik dan teknologi terutamanya dalam bidang pertanian agar dapat menghasilkan bekalan makanan yang banyak dalam masa yang singkat dan tidak bergantung kepada keadaan alam sekitar
    3. memberi pendidikan kepada rakyat
    4. menggalakkan rakyat terlibat dalam sektor ekonomi yang menguntungkan.
    5. memberikan bantuan baja, baka tanaman yang berkualiti

    apa yang disenaraikan ini adalah sebagai rujukan tambahan untuk karangan anda ini.

    ReplyDelete
  3. karangan yang baik!!

    ReplyDelete
  4. karangan bagus tpi isi dan huraian x banyak...

    ReplyDelete