Monday, September 7, 2009

Kepentingan Padang Permainan dan Taman Rekreasi di Kawasan Perumahan

          Padang permainan dan taman rekreasi di kawasan perumahan semakin berkurangan. Menurut laporan sebuah kajian, fenomena ini disebabkan oleh sikap endah tak endah pengusaha perumahan. Demi menjimatkan kos dan perbelanjaan, mereka menyingkirkan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi daripada projek  pembinaan perumahan. Sikap curi ayam mereka memang mengeramkan!

          Taman rekreasi merupakan tempat untuk warga taman perumahan beriadah dan berekreasi. Padang permainan menyediakan tempat untuk warga taman perumahan mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti awam. Mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat lain untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga. Mereka boleh menjalankan aktiviti Hari Keluarga di taman rekreasi bersama-sama keluarga dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

           Setiap pagi, warga taman perumahan suka bersenam di padang permainan. Padang permainan menjadi tempat mereka berbual-bual sambil bersenam. Mereka selalunya membuat senaman secara berkumpulan atau berjalan-jalan sambil menhirup udara pagi yang segar dan nyaman. Bagi warga taman perumahan yang sibuk dan perlu bekerja pada hari mingguuan, mereka hanya dapat bersenam pada hujung minggu. Warga-warga emas suka melatih " Tai Ci " bersama-sama dan muzik latihan dapat didengari dari jauh. Anak-anak kecil suka berlari-lari di atas padang permainan sementara ibu bapa berbual-bual di atas bangku batu di bawah pokok.

           Anak-anak kecil suka bermain di padang permainan. Padang permainan merupakan kesukaan anak-anak kecil kerana tempatnya yang luas dan menyeronokkan. Mereka suka lihat dunia di luar dan berkenalan dengan ramai kawan baharu. Anak-anak kecil dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.

          Untuk warga taman perumahan yang mengalami tekanan dan ketegangan, taman rekreasi ialah tempat yang terbaik untuk melepaskan tekanan. Selepas makan malam ataupun selepas kerja, warga-warga perumahan boleh membuat senaman, joging, berjalan dan lain-lain aktiviti di padang permainan untuk melepaskan tekanan. Senaman dapat menjadikan kita sihat dan dengan badan yang sihat, barulah kita dapat bekerja dengan lebih efektif. Udara yang segar juga dapat menyegarkan pemikiran kita dan mengurangkan tekanan yang dialami.

           Pada hari-hari yang istimewa, taman rekreasi menjadi tempat untuk menyambut perayaan tertentu. Misalnya malam sebelum Hari Kebangsaan iaitu 31hb Ogos setiap tahun, rakyat-rakyat suka berkumpul untuk meraikan Hari Kebangsaan. Taman rekreasilah yang menjadi tapak perkumpulan kita. Tidak kira bangsa Cina, Melayu, India mahupun Kadazan, Iban, Kenyah dan lain-lain lagi, kita berkumpul untuk meraikan sesuatu perayaan. Jiran-jiran yang jarang berjumpa dapat berkumpul. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim dapat dipupuk dan semangat perpaduan dapat disemai dalam warga-warga taman perumahan.  

            Kesimpulannya, padang permainan dan taman rekreasi amatlah penting untuk penghuni kawasan perumahan. Saya berharap pengusaha perumahan jangan mengabaikan kepentingan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi lagi. Ini merupakan tanggungjawab sosial.  Kawasan perumahan yang sihat dapat melahirkan masyarakat yang sihat juga.
         

       

5 comments:

  1. Isi 2:
    Huraian bagus, tetapi tidak ada idea utama
    Isi 3:
    frasa: warga-warga, warga-warga perumahan gantikan kepada warga taman perumhan
    Isi 4:
    menyambut perayaan tertentu bukan tersebut kerana anda tidak menyatakan apa perayaan sebelum itu.
    Kenya -Kenyah
    Taman rekreasilah yang menjadi tempat pertemuan mereka
    jiran-jiran yang jarang berjumpa dapat berkumpul
    Penutup:
    jangan mengabaikan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi lagi

    Teruskan usaha, tidak banyak kesilapan yang ketara. Cuma perlu tingkatkan huraian yang padat dan bernas serta pengolahan yang lebih menarik.

    ReplyDelete
  2. Perlu ditingkatkan !
    Huraian yang isi yang memuaskan@baik tetapi huraian teruk !! kecuali peranggan ke-5...
    Tiada peribahasa ! :(

    33/40 ....

    ReplyDelete
  3. boleh tahan ,tapi rasa tak lengkap :(

    ReplyDelete
  4. eja heaven salah. sila perbetulkan di profile anda. ^^

    ReplyDelete