Thursday, September 10, 2009

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU KEBULURAN

Isu kebuluran yang berlaku di serata dunia terutamanya di benua Afrika menjadi semakin serius. Setiap hari ribuan nyawa yang majoritinya golongan kanak-kanak terkorban kerana kekurangan zat dan kelaparan.
Sebagai insan yang prihatin, berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani masalah ini.

             Pada abad ke-21 ini, isu kebuluran masih berlaku di seluruh pelosok dunia. Salah satu tempat yang mengalami kebuluran ialah Benua Afrika. Ribuan nyawa yang majoritinya terdiri daripada golongan kanak-kanak terkorban akibat kelaparan. Isu ini telah menarik perhatian masyarakat luar. Pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.

            Pertamanya, keadaan ekonomi harus diperbaiki. Kerajaan perlu melabur dalam sektor ekonomi yang asas seperti sektor pertanian. Kerajaan boleh memberi bantuan kewangan, teknikal, baja dan lain-lain . Kerajaan boleh memberi baja organik secara percuma atau dengan harga yang rendah kepada para petani untuk membantu mereka meningkatkan hasil pertanian. Di samping itu, tali air harus dibina untuk memudahkan penyaluran air ke sawah dan kebun. Ini dapat memudahkan kerja pertanian dan seterusnya meningkatkan kuantiti serta kualiti hasil pertanian. Secara langsung , ekonomi negara dapat ditingkatkan dan masalah kebuluran dalam negara dapat diatasi.

           Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan kursus untuk golongan lemah seperti wanita dan kanak-kanak supaya mereka dapat belajar kemahiran seperti membuat barang-barang keperluan harian ataupun alat hiasan. Kerajaan boleh mengumpul hasil-hasil kraftangan kepada mereka supaya mereka dapat menampung kehidupan sendiri.

            Seterusnya, kerajaan juga harus mengehadkan kelahiran anak setiap keluarga seperti dasar yang dilaksanakan di negara China. Faktor utama kebuluran di Afrika adalah kerana jumlah penduduk yang terlalu banyak. Ini adalah kerana penduduk di situ tidak mempunyai ilmu tentang rancangan keluarga. Oleh itu, untuk menjayakan dasar ini, kerajaan harus mengajar rakyat tentang seks dan cara-cara untuk mengawal kelahiran anak-anak. Dengan ini, pertumbuhan penduduk dapat dikawal dan isu kebuluran dapat diatasi.

            Negara-negara lain yang lebih kaya juga harus melabur di negara-negara yang miskin supaya dapat merangsangkan ekonomi negara itu. Kalau terdapat pelaburan daripada luar negara, banyak peluang pekerjaan akan wujud dan masalah pengganguran dapat diatasi. Jika penduduk mempunyai pendapatan yang tetap, masalah kebuluran dapat diatasi.

            Selain itu, terdapat juga syarikat besar ataupun orang yang baik hati menyertai program pengambilan anak angkat. Mereka membayar kos kehidupan anak yatim lebih kurang 600 Ringgit Malayasia setahun untuk pendidikan dan kehidupan mereka. Penderma-penderma berharap kanak-kanak boleh mendapat keperluan asas dan pendidikan yang sempurna untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

            Kesimpulannya, isu kebuluran telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Usaha daripada pelbagai pihak diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Kini, nasib orang-orang yang kesian ini berada dalam tangan kita. Dengan usaha dan harapan kita, isu kebuluran tentu dapat diatasi kerana " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan " .

Tuesday, September 8, 2009

Badan Pengawas Sekolah

Berikut merupakan ayat-ayat yang diambil daripada http://underworld-amelia.blogspot.com/. Saya rasa ayat-ayat sangat baik.

1. Peranan utama badan ini adalah membantu pihak sekolah dalam memelihara disiplin pelajar agar wujud suatu suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Pengawas dianggap sebagai pelajar mithali yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar lain dari pelbagai segi, baik aspek sahsiah, tingkah laku, mahupun dalam tutur kata.

3. Kadar salah laku di kalangan pelajar kian meningkat dari semasa ke semasa.

4. Justeru,timbulkan momokan bahawa para pengawas tidak berkesan dalam menjalankan tugas yng dipikul.

5. Pelajar-pelajar yang sengaja mahu menguji kewibawaan para guru dan pihak pentadbiran sekolah seharusnya dibawa ke tengah.

6. Kita tidak ingin melihat perjalanan sekolah terjejas akibat daripada beberapa anasir negatif yang bertindak liar dan sesuka hati mereka.

7. Kesimpulannya,peranan dan fungsi pengawas tidak perlu dinilai semula kerana sistem kepengawasan telah pun mantap.


Ayat-ayat ini diambil daripada blog Underworld http://underworld-amelia.blogspot.com/.
Kepada Anonymus,

                  Bekas yang saya guna ialah bekas plastik. Saya rasa bekas plastik boleh digunakan asal bekas itu ditutup dengan ketat. Saya galakkan anda menggunakan bekas kaca jika anda ada bekas kaca yang cukup besar  ~^__^ ~.

Kepada AnAk wAtAn*MiLinEuM BaHaRu,
                  Saya tidak pernah cuba menambah enzim semasa mencuci pakaian tetapi saya pernah terbaca bahawa enzim penolong yang baik dalam kerja rumah terutamanya pencucian barang. Rasa-rasanya bolehlah!

Anda juga boleh melayari http://www.baidu.com/ untuk maklumat yang lebih.

Monday, September 7, 2009

Kaedah Pembuatan Enzim

Beberapa hari yang lalu, saya telah cuba membuat enzim dengan menggunakan sisa-sisa betik.
Ramuan                                           Nisbah
Gula hitam/gula perang                         1
Sisa buah-buahan/ sayur-sayuran         3
Air                                                      10
Cairkan gula dengan air dalam satu bekas dan masukkan sisa-sisa. Tutup penutupnya dengan ketat. Kerap buka penutupnya untuk bagi enzim bernafas. Ingat ! Jangan guna sisa buah-buahan ataupun sayur-sayuran yang berminyak/ reput. Ia akan menjejaskan proses pembuatan enzim. Dalam proses ini, mungkin ulat akan terbentuk. Jangan takut, peluangnya tipis sahaja. Kalau nisbahnya betul, tak akan ada masalah. 3 bulan kemudian, enzim sudah boleh digunakan! Enzim ini boleh digunakan untuk mencuci pinggan, mengelap lantai, mencuci pakaian dan sebagainya. Cara kegunaannya adalah campurkan sedikit enzim dengan air dan guna pada apa sahaja yang anda mahu cuci.
Baunya wangi dan boleh menghindari serangga. Saya rasa setelah mengelap lantai menggunakan enzim, lantai menjadi lebih bersih.
Harap kamu akan dapat manfaat daripada post saya !! Terima kasih !

Kepentingan Padang Permainan dan Taman Rekreasi di Kawasan Perumahan

          Padang permainan dan taman rekreasi di kawasan perumahan semakin berkurangan. Menurut laporan sebuah kajian, fenomena ini disebabkan oleh sikap endah tak endah pengusaha perumahan. Demi menjimatkan kos dan perbelanjaan, mereka menyingkirkan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi daripada projek  pembinaan perumahan. Sikap curi ayam mereka memang mengeramkan!

          Taman rekreasi merupakan tempat untuk warga taman perumahan beriadah dan berekreasi. Padang permainan menyediakan tempat untuk warga taman perumahan mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti awam. Mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat lain untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga. Mereka boleh menjalankan aktiviti Hari Keluarga di taman rekreasi bersama-sama keluarga dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

           Setiap pagi, warga taman perumahan suka bersenam di padang permainan. Padang permainan menjadi tempat mereka berbual-bual sambil bersenam. Mereka selalunya membuat senaman secara berkumpulan atau berjalan-jalan sambil menhirup udara pagi yang segar dan nyaman. Bagi warga taman perumahan yang sibuk dan perlu bekerja pada hari mingguuan, mereka hanya dapat bersenam pada hujung minggu. Warga-warga emas suka melatih " Tai Ci " bersama-sama dan muzik latihan dapat didengari dari jauh. Anak-anak kecil suka berlari-lari di atas padang permainan sementara ibu bapa berbual-bual di atas bangku batu di bawah pokok.

           Anak-anak kecil suka bermain di padang permainan. Padang permainan merupakan kesukaan anak-anak kecil kerana tempatnya yang luas dan menyeronokkan. Mereka suka lihat dunia di luar dan berkenalan dengan ramai kawan baharu. Anak-anak kecil dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.

          Untuk warga taman perumahan yang mengalami tekanan dan ketegangan, taman rekreasi ialah tempat yang terbaik untuk melepaskan tekanan. Selepas makan malam ataupun selepas kerja, warga-warga perumahan boleh membuat senaman, joging, berjalan dan lain-lain aktiviti di padang permainan untuk melepaskan tekanan. Senaman dapat menjadikan kita sihat dan dengan badan yang sihat, barulah kita dapat bekerja dengan lebih efektif. Udara yang segar juga dapat menyegarkan pemikiran kita dan mengurangkan tekanan yang dialami.

           Pada hari-hari yang istimewa, taman rekreasi menjadi tempat untuk menyambut perayaan tertentu. Misalnya malam sebelum Hari Kebangsaan iaitu 31hb Ogos setiap tahun, rakyat-rakyat suka berkumpul untuk meraikan Hari Kebangsaan. Taman rekreasilah yang menjadi tapak perkumpulan kita. Tidak kira bangsa Cina, Melayu, India mahupun Kadazan, Iban, Kenyah dan lain-lain lagi, kita berkumpul untuk meraikan sesuatu perayaan. Jiran-jiran yang jarang berjumpa dapat berkumpul. Secara tidak langsung, hubungan silaturahim dapat dipupuk dan semangat perpaduan dapat disemai dalam warga-warga taman perumahan.  

            Kesimpulannya, padang permainan dan taman rekreasi amatlah penting untuk penghuni kawasan perumahan. Saya berharap pengusaha perumahan jangan mengabaikan kepentingan pembinaan padang permainan dan taman rekreasi lagi. Ini merupakan tanggungjawab sosial.  Kawasan perumahan yang sihat dapat melahirkan masyarakat yang sihat juga.