Friday, November 20, 2009

2012




2012, bencana alam akan menimpa kita. Manusia, flora, dan fauna akan musnah! Segalanya akan musnah…seperti dalam filem 2012 yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Timbullah persoalan “Benarkah ini masa depan kita?”, “Mampukah kita mengubah tragedi yang akan berlaku?”


Jawapan saya - Tidak

Tidak jika kita masih bersikap tamak. Tamak bukannya kekayaan sahaja, tetapi tamak keselesaan hidup, tamak kecantikan diri, tamak menunjuk-nunjuk, tamak mendapat kuasa yang tertinggi dan… tamak secara membuta-tuli.

Sanggupkah kita lepaskan keselesaan hidup, kecantikan diri, kuasa, kekayaan?

Selagi kita tidak melepaskan ketamakan yang ada pada diri kita, jawapan saya masih ---- “Tidak!!”

Tak mungkin kita mengharapkan bumi melayan kita dengan baik sedangkan kita sedang memusnahkannya dengan tangan kita sendiri.

Bumi bagaikan “telur di hujung tanduk”. Teknologi dan peralatan yang canggih menjadi pembunuh utama bumi. Sebelum kecanggihan Teknologi dan peralatan, manusia hanya menggunakan sumber dari permukaan bumi. Sekarang, dengan bantuan teknologi yang moden dan canggih, semua bahan mineral dan tenaga dikeluarkan dari bumi. Tenaga dan haba ini tidak dapat dilepaskan ke luar angkasa kerana dihalangi oleh atmosfera. Tenaga dan haba menjadikan bumi seperti “rumah hijau”. Haba dalam atmosfera menyebabkan suhu bumi meningkat dan seterusnya membawa kepada pencairan ais di kedua-dua kutub yang seterusnya menyebabkan paras air laut meningkat.

Jika keadaan bumi terus bertambah buruk, pencairan ais secara cepat seperti dalam filem 2012 akan berlaku.

Kerak Bumi, Hati Bumi, mengalami perubahan yang besar setelah lama terpendam perasaan tak puas hati terhadap manusia. Manusia yang tamak hanya tahu mengambil, mengorek dan mengeringkan segala sumber dari bumi. Dan tidak pernah menebus apa yang telah diambil.

Gunung berapi menjadi lebih aktif, Gempa bumi berlaku, kerak bumi bergerak—semua ini akan menjadikan permukaan bumi menjadi tidak stabil. Tsunami, perubahan kutub bumi, semuanya akan berlaku! Ini merupakan malapetaka kepada manusia. Hari Kiamat jika semua ini berlaku! 2012 merupakan cermin kita pada masa depan. 2012 telah mencerminkan nasib manusia. 6 billion manusia, berapa yang akan hidup? Separuh? Tidak. Tiga buah “Ark” dapat menampung 3000 penumpang sahaja kan? Lihat, berapa peratus insan yang berjaya hidup? Tak sampai 1 daripada 100! Tipisnya peluang ini.

Kita harus menghargai setiap detik setiap pernafasan,dan setiap denyutan jantung. Bersyukurlah kerana masih hidup, bersyukurlah kerana masih dapat gelak bersama kawan, bersyukurlah kerana masih dapat lihat orang kesayangan anda… Jangan kesal setelah sampai hujung hidup. Jangan membawa kekesalan ke akhirat hidup. Senyumlah. Berhadapan dengan hakikat. Tetapi jangan lupa, kita berupaya mengubah hakikat sebelum ia berlaku. Gunalah semua usaha anda untuk mengelakkan kejadian 2012. Saintis dan kerajaan, masyarakat dan Negara. Sayugialah kita bersenergi untuk mengelakkan tragedi berlaku. Duit bukan segalanya. Nyawa tidak ternilai, begitu juga dengan kesejahteraan hidup.