Saturday, August 29, 2009

Terima kasih

Terima kasih, cikgu. Saya ingat saya sahaja yang menghadapi masalah ini. Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang tidak dapat mengikuti subjek ini. Sekarang ibu bapa saya yang mengajar saya. Saya rasa lebih mudah untuk memahami sekiranya mereka mengajar saya. Saya juga gembira untuk mengajar rakan-rakan apa yang saya telah belajar.

Monday, August 24, 2009

Pembetulan

Perenggan ke-5: * Jikalau kerja rumah saya pada hari itu banyak, saya tidak ada masa untuk membuat ulang kaji.

Masalah Pembelajaran Saya dalam Matematik Tambahan

Sejak saya memasuki Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya sedang menghadapi beberapa masalah. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah pertukaran subjek. Oleh kerana saya memasuki aliran sains, saya kena menangani 3 subjek sains, 2 subjek matematik, 3 subjek bahasa, Sejarah, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Setelah sebulan dalam Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya lemah dalam Fizik dan Matematik Tambahan. Sebab itulah saya mula pergi ke tuisyen. Fizik saya telah maju, tetapi apa yang merunsingkan saya ialah Matematik Tambahan saya. Keputusan Matematik Tambahan saya hanya bertambah baik sedikit sahaja. Ibu bapa saya mula berasa bimbang dan mencadang saya untuk meninggalkan Matematik Tambahan dan mengambil Prinsip Perakaunan.

Pada hari keesokannya, saya menanya pendapat Penolong Kanan Pentadbiran sekolah saya tentang cadangan ibu bapa saya. Beliau memberitahu saya bahawa Matematik Tambahan antara kelayakan untuk memasuki Matrikulasi. Saya berasa terkejut. Saya kena berusaha untuk memperbaiki Matematik Tambahan saya.

Masalah terbesar yang saya menghadapi semasa ujian Matematik Tambahan ialah masa. Saya tidak dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Ini kerana saya teragak-agak semasa menjawab soalan. Saya tidak pasti apakah formula yang saya perlu guna. Saya menghabiskan kebanyakan masa saya untuk fikir manakah cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu soalan dan akhirnya, saya tidak dapat menjawab semua soalan semasa masa berakhir.

Selain itu, saya juga tidak mahir untuk menggunakan beberapa kaedah untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Ini mungkin kerana saya kurang berlatih. Walaupun ibu bapa saya menasihati saya supaya banyak melatih sendiri untuk menjawab soalan-soalan dalam masa yang ditetapkan, tetapi saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat latihan. Saya terlalu sibuk dengan urusan Kokurrikulum saya. Secara purata, saya hanya ada 3-4 jam sehari untuk membuat kerja rumah saya. Jikalau kerja rumah terlalu banyak, saya ada masa untuk mengulang kaji. Ibu bapa saya sudah banyak kali menasihati saya untuk mengurangkan aktiviti saya tetapi ia di luar kawalan saya.

Sekarang, saya hanya mampu meluangkan masa sebanyak yang mungkin untuk mengulangkaji dan membuat latihan. Saya tidak mampu menangani matapelajaran ini dalam masa yang singkat, tetapi saya rasa jika saya berusaha lagi, mungkin keputusan saya dapat bertambah baik pada masa yang akan datang. Harap-harap usaha saya tidak akan disia-siakan. Saya yakin " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" .