Monday, September 7, 2009

Kaedah Pembuatan Enzim

Beberapa hari yang lalu, saya telah cuba membuat enzim dengan menggunakan sisa-sisa betik.
Ramuan                                           Nisbah
Gula hitam/gula perang                         1
Sisa buah-buahan/ sayur-sayuran         3
Air                                                      10
Cairkan gula dengan air dalam satu bekas dan masukkan sisa-sisa. Tutup penutupnya dengan ketat. Kerap buka penutupnya untuk bagi enzim bernafas. Ingat ! Jangan guna sisa buah-buahan ataupun sayur-sayuran yang berminyak/ reput. Ia akan menjejaskan proses pembuatan enzim. Dalam proses ini, mungkin ulat akan terbentuk. Jangan takut, peluangnya tipis sahaja. Kalau nisbahnya betul, tak akan ada masalah. 3 bulan kemudian, enzim sudah boleh digunakan! Enzim ini boleh digunakan untuk mencuci pinggan, mengelap lantai, mencuci pakaian dan sebagainya. Cara kegunaannya adalah campurkan sedikit enzim dengan air dan guna pada apa sahaja yang anda mahu cuci.
Baunya wangi dan boleh menghindari serangga. Saya rasa setelah mengelap lantai menggunakan enzim, lantai menjadi lebih bersih.
Harap kamu akan dapat manfaat daripada post saya !! Terima kasih !

3 comments:

  1. Hello Christina,

    Wow, anda tahu memmbuat enzim dan terima kash kerana berkongsi cara penghasilan enzim yang boleh digunakan sebagai pencuci. Tiada bahan kimia, kitar semula bahan yang dibuang. Tiada pembaziran. Bagus.

    ReplyDelete
  2. hello, satu soalan dari pelawat asing ini, dalam penyedian enzim ini, apakah jenis bekas yang patut digunakan? bekas plastik atau bekas kaca?


    ssh

    ReplyDelete
  3. Wah , memang mengagumkan ...
    Tetapi adakah enzim ini boleh digunakan untuk mencuci pakaian ?
    - -!

    ReplyDelete