Friday, November 13, 2009

Tajuk Forum: Pencemaran Alam Sekitar

Amelia Yee: Selamat pagi guru Bahasa Melayu, Puan Zahara Ali, dan murid-murid sekalian. Saya, Amelia Yee ialah pengerusi majlis forum pada pagi ini.Izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel saya – saudari Christina Oui, saudara LoserZf dan saudara YY Lai. Tajuk forum hari ini ialah “Pencemaran Alam Sekitar”. Pencemaran alam sekitar bererti keadaan ataupun suasana sekeliling mengalami perubahan sifat fizikal alam sekeliling daripada sesuatu yang cantik menjadi sesuatu yang kotor, berdebu, berlumpur dan tidak terurus. Masalah pencemaran ini di negara kita tidak pernah reda. Malah, masalah ini menjadi semakin teruk. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masalah ini akan menjadi suatu krisis nasional sekiranya tiada langkah yang proaktif dilaksanakan bagi membanteras pencemaran mulai sekarang.

Christina Oui: Sedarsawasa ini, pencemeran alam sekitar sekian hari sekian bertambah serius. Pencemaran alam sekitar telah membawa banyak kesan kepada insan, malah kepada flora dan fauna. Pertamanya, pencemaran udara seperti jerebu banyak menjejaskan aktiviti harian kita. Di kawasan yang mengalami jerebu dengan serius, penglihatan kita dihadkan. Kita hanya dapat melihat objek dalam lingkungan 100m. Cuba bayangkan, semasa kita memandu, kita tidak dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan kita. Peluang berlaku kemalangan jalan raya akan bertambah. Kadar kemalangan jalan raya akan meningkat dan seterusnya mengancam nyawa kita.

Seterusnya, pencemaran seperti pencemaran air telah menyebabkan nyawa manusia dan haiwan terancam dan bagai “telur di hujung tanduk”. Bahan toksik dan asid yang mengalir ke dalam sungai menyebabkan kehidupan akuatik musnah dan bekalan sumber ikan menjadi beracun. Apabila kita makan dan minum makanan dan air yang tercemar ini, kita akan turut diracun dan nyawa kita akan tergugat. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi busuk dan keindahannya terjejas. Ini bukan sahaja mencemarkan sumber air, malah membawa ketidakselesaan kepada penduduk yang mendiami di kawasan tersebut.

YY Lai: Pencemaran alam sekitar bukanlah suatu fenomena baru. Malah, masalah yang berpunca daripada kepesatan pembangunan negara ini kian hari kian meningkat dan makin rumit untuk ditangani. Faktor utama yang menyebabkan pencemaran adalah pelepasan gas-gas toksik daripada kilang dan kenderaan. Seperti negara kita yang menjadikan bidang perindustrian sebagai bidang utama pencemaran udara serius di negara kita. Kilang-kilang seperti kilang simen, besi dan lain-lain melepaskan gas yang beracun dalam proses pembuatan. Kini, setiap orang mampu untuk memiliki kenderaan sendiri. Gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan gas-gas yang lain yang dilepaskan dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara.

Selain itu, pembakaran secara terbuka akan mencemerkan kualiti udara. Pembakaran hutan sering dijalankan tuntuk kegunaan pertanian pindah dan pembangunan tapak perumahan. Sebagai contoh, negara Indonesia yang sering berlaku pembakaran hutan telah menyebabkan jerebu berlaku. Untuk maklumam anda, fenomena hujan asid di Malaysia semakin serius dan sampai ke tahap yang meruncingkan. Fenomena ini biasanya berlaku di kawasan perindustrian sebab kawasan tersebut banyak melepaskan gas-gas beracun seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan gas-gas lain. Semasa hujan, sulfur dioksida dalam udara mencair dalam titisan hujan dan menjadi hujan asid. Bangunan yang sentiasa kena hujan asid akan terhakis. Jika kulit seseorang dikena hujan asid, seseorang itu akan dijangkiti penyakit kulit.

LoserZf: Memang tidak dinafikan bahwa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemajuan telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Negara-negara membangun seperti Malaysia memerlukan pembangunan walaupun terpaksa mengorbankan alam sekitar pada kadar yang berpatutuan. Pencemaran alam sekitar menjadi semakin menjadi serius dan kritikal di negara kita. Bagi menangani maslah pencemaran alam sekitar, langkah-langkah efektif telah diambil oelh pelbagai pihak.

Untuk membanteraskan kegiatan pencemaran alam sekitar, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas dan menjatuhkan hukuman yang lebih berat. Sebagai contoh, seseorang yang didapati membakar secara terbuka akan ditangkap oleh pihak berkuasa akan didenda sebanyak beribu-ribu ringgit Malaysia ataupun dipenjara tidak kurang daripada setahun. Selain itu, kempen cintai alam sekitar hendaklah diadakan. Kempen-kempen tersebut berfungsi untuk menyedari masyarakat tentang kepentingan dan kesan menjaga alam. Jika pemimpin-pemimpin politik berceramah di depan masyarakat dan menjadi teladan kepada masyarakat, kempen akan berlangsung dengbumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas dan lebih efektif dan proaktif. Secara tidak langsung, kesedaran manusia terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan.

Amelia Yee: Kesimpulannya, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam usaha membanteras masalah pencemaran ini hingga akar umbi, langkah-langkah yang sungguh harus diambil demi generasi akan datang. Tiada gunanya pelbagai akta digubal jika tiada keazaman untuk menguatkuasakan akta-akta tersebut. Janganlah apabila ada pendedahan yang dibuat oleh media massa, barulah berikthiar menyelesaikan masalah. Setiap orang harus sedar tentang pentingnya menghargai alam sekitar dan perlunya usaha memeliharanya agar bumi yang kita diami ini sentiasa selamat dan bebas daripada pencemaran. Sekian, terima kasih.