Saturday, August 29, 2009

Terima kasih

Terima kasih, cikgu. Saya ingat saya sahaja yang menghadapi masalah ini. Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang tidak dapat mengikuti subjek ini. Sekarang ibu bapa saya yang mengajar saya. Saya rasa lebih mudah untuk memahami sekiranya mereka mengajar saya. Saya juga gembira untuk mengajar rakan-rakan apa yang saya telah belajar.

2 comments:

  1. Hello Christina,
    Wah, cepatnya anda belajar menukar wajah blog anda. Bagus! Cikgu berharap anda semua akan berseronok menulis karangan dengan menggunakan blog. Ramai pelajar tidak suka menulis kerana kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai berbanding bacaan dan pertuturan. Menulis melibatkan kemahiran bahasa, kemahiran membuat huraian, mengorganisasikan idea dan pemikiran anda. Cikgu berharap anda tidak mempunyai tanggapan seperti Shan Yan. Cikgu bukan hendak menyusahkan anda semua, saya hanya ingin membantu anda semua agar dapat menulis dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi, deskripsi blog anda itu, boleh diubah suai menjadi " apa yang saya timba ingin saya berkongsi dengan semua" Terima kasih. Cikgu berasa gembira kerana anda menunjukkan minat dalam menggunakan blog.

    ReplyDelete