Tuesday, April 20, 2010

Pertandingan Bola Keranjang



Dengan bangganya, sekolah kami berpeluang menganjur Pertandingan Bola Keranjang Daerah Kinta Selatan bagi Lelaki dan Perempuan bawah 18 tahun sekali lagi. Tahun ini merupakan tahun kedua dan terakhir sekolah kami menjadi pihak penganjur pertandingan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai murid beria-ia menyaksikan perlawanan bola tersebut yang akan berlangsung di gelanggang bola keranjang yang bertempat di belakang sekolah kami. Pada hari pertandingan, ramai pelajar yang ponteng sekolah demi menyaksikan aksi hebat pasukan bola keranjang sekolah kami. Tidak kurang juga yang ingin menatap ketampanan atau kecantikan para peserta.

Pertandingan dilangsungkan selama dua hari. Satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan dihantar untuk mewakili sekolah kami. Pasukan lelaki berjaya mendapatkan Naib Johan manakala wakil Smk Pei Yuan mendapat Johan dengan jurang 7 markah ( 32:39). Kami bersorak demi kejayaan pasukan lelaki. Tetapi malangnya, pasukan perempuan kalah dengan teruk. Mereka mendapat tempat terakhir.

Begitulah ragam kehidupan. Tiada kemenangan dan kekalahan yang tidak berakhir. Bah kata pepatah " kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya". Kekalahan kali ini adalah kerana kelekaan dan kementahan para peserta. Ini bukan salah siapa, tetapi balasan usaha sendiri. Bukan?

Pelajar Yuk Kwan tidak akan ada peluang menyaksikan pertandingan bola keranjang yang menarik di gelanggang bola keranjang yang terletak di belakang sekolah lagi. Tahun depan dan tahun yang seterusnya pertandingan ini akan dianjurkan oleh sekolah yang lain. Tetapi, sekolah kami akan menganjurkan pertandingan sukan yang lain pula. Harap-harap wakil akan memandikan kami dengan kebanggaan sekali lagi.

No comments:

Post a Comment